Warisan Melayu, Warisan Kita.

Wednesday, July 23, 2008

Wayang Kulit- Belakang Tabir

Seperti yang dijanjikan, saya akan mengisi blog ini dengan satu lagi permainan tradisional yang menarik iatu "Wayang Kulit". Saya pasti bahawa ramai anda di luar sana pernah mendengar ataupun menontonnya. Biasanya, permainan wayang kulit ini dikaitkan dengan pengaruh Java,Hindu dan Siam (lebih dikenali sebagai "Thailand")

Pengenalan

Wayang Kulit merupakan salah satu permainan tradisional Melayu yang berkaitan dengan teater dan kesenian. Wayang merupakan bahasa Melayu dan Indonesia untuk teater. Kesimpulannya, wayang kulit melakarkan sebuah "cerita" dengan menggunakkan patung-patung yang tertentu untuk mewarnakan lagi cerita itu. Justeru, permainan ini menghasilkan sesuatu seni yang bermutu dan keindahan yang mempesonakan jikalau ditayang dengan berjaya.

Jenis-jenis wayang kulit

  • Wayang Kulit Siam
  • Wayang Gedek
  • Wayang Kulit Jawa
  • Wayang Kulit Melayu

Untuk menghidupkan pentas wayang, harus diingat bahawa element cahaya itu amatlah kritikal untuk menghidupkan watak-watak di dalam sesebuah cerita itu. Patung-patung itu bukanlah sebarang macam tetapi ia telah diukir denga kesenian yang halus untuk menonjolkan lagi perwatakan patung-patung tertentu. Di dalam prosedur biasa, cara menghasilkan patung-patung hanya melalui dua jalan iatu - ukir dan mewarna. Apa yang amat unik adalah setiap patung atau watak mempunyai ciri-ciri fizikal yang tertentu dan berbeza. Contohnya, patung-patung tersebut mungkin berlainan dari segi tangannya. Selain itu, setiap patung juga mempunyai cara bercakap dan berjalan yang berbeza. Wayang kulit bukanlah satu permainan yang mudah untuk dijalankan. Ia memerlukan latihan yang intesif dan ajaran orang yang berpengalaman.'

Tugas "Tok Dalang"

Tok Dalang merupakan orang yang paling penting kerana beliau adalah dalang dalam menghasilkan cerita itu di belakang tabir (kain putih). Beliau akan membawa watak kepada setiap patung yang dikendalikan itu dan mengerakkannya mengikut latar belakang untuk menghidupkan watak. Segalanya bergantung kepada "Tok Dalang" itu.

Cerita yang sering dipersembahkan berasal daripada two kisah epic dari India - Mahabrata dan Ramayana. Biasanya, wayang kulit akan disertakan sekali orchestra Gamelan ( ochhestra Indonesia). Tujuan penglibatan muzik adalah untuk membawa si penonton menjiwai cerita itu dengan lebih dalam.

Sedikit hiburan buat anda semua!

Jangan lupa mengikuti perbincangan seterusnya !

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home