Warisan Melayu, Warisan Kita.

Thursday, July 17, 2008

Cari Cucu!

Pernahkah anda medengar tentang permainan "Cari Cucu"? Ini merupakan salah satu permainan Melayu yang popular di kalangan kanak-kanak. Terus terang, saya pernah mendengar dan bermain permainan ini tetapi versinya berlainan sedikit kerana ia dalam bahasa yang berlainan. Begitupun, ia tetap permainan yang amat menyeronokkan! Baiklah, di kesempatan ini saya ingin bercerita serba sedikit tentang permainan ini. Permainan "Cari Cucu" memerlukan bilangan orang yang ramai. Biasanya, permainan ini dimain di kawasan yang besar seperti gelanggang ataupun di luar rumah. Yang istimewanya, permainan ini memerlukan peralatan dan dua lagu yang amat merdu. Peralatannya adalah sebuah kain untuk menutup mata si "nenek" dan kedua, sebuah tongkat untuk diberi kepada nenek untuk dipegang. Terdapat dua buah lagu yang dinyanyikan. Salah satu untuk si "cucu" dan yang lagi satu untuk si "nenek" itu.


Pertama, kita harus menentukan siapa yang akan bergelar "nenek". Ini dilakukan dengan pelbagai cara. Contohnya, undian ditentukan dengan "lai la li tam plong". Setelah itu, si nenek akan menutup matanya dengan kain hitam dan akan memegang sebuah tongkat. Cucu-cucu harus membentuk satu bulatan dan si "nenek" akan berada di tengah bulatan itu. Setelah itu, si "cucu" akan mendendangkan sebuah lagu -

Nenek, nenek,si bongkok tiga.
Siang mengantuk,malam berjaga.
Mencari cucudimana berada.
Nenek kahwindengan anak raja.
(Anda mesti pernah mendengarnya, bukan?)

Ketika cucu-cucu sibuk menyanyi, mulalah perlakonan si "nenek" bekelakuan seperti seorang nenek tua seperti berbongkok-bongkok. Selesai itu, si nenek pula akan mendengdangkan nyanyiannya yang berbunyi seperti ini-

Cucu, cucu tak dapat lari.
Nenek tua banyak sakti.
Sekarang neneknak cari ganti.
Siapa yang kena,dia menjadi.
(Lucu!) (:

Cucu-cucu akan duduk mencangkung dengan senyap setelah itu. Si "nenek" pula akan menggunakan tongkat untuk menangkap si "cucu" yang terpilih. Si "nenek" harus meneka siapakah cucu yang dipilih. Jikalau tekaannya benar, si "cucu" itu akan menjadi "nenek" pula. Permainan diteruskan jikalau tekaannya salah! ((:


Permainan Melayu yang menarik dan lucu bukan? Hai.. teringat zaman kanak-kanak saya! Rindu pula kawan-kawan lama! (:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home