Warisan Melayu, Warisan Kita.

Friday, July 25, 2008

Bola Cetong!



Apa khabar semua? Baiklah, pada kali ini saya akan memperkenalkan kepada anda sesuatu permainan tradisional Melayu yang tidak dikenali ramai penduduk setempat iatu Bola Cetong. Secara amnya, permainan ini amat popular di kalangan masyarakat Terengganu.

Pengenalan

Bola Cetong memerlukan anggaran enam hingga dua belas kanak-kanak perempuan dan lelaki untuk memulakan permainan ini. Setelah itu, pemain dibahagikan kepada dua kumpulan khususnya - Penyimpan tin dan Pembuang Tin.

Cara-cara bermain

Cara-cara bermain amatlah mudah untuk difahami semua. Untuk memulakan permainan, kumpulan "Penyimpan Tin" akan menyusun tin-tin yang tertentu menuju kepada bentuk sebuah pyramid. Penyusunan tin-tin ini selalunya berdiri di atas sebuah papan kayu yang teguh dan selamat. Permainan ini seakan-akan sama "Bowling" tetapi berlainan dari segi tempat dan struktur permainan. Oleh itu, ramai daripada kanak-kanak, baik perempuan atau lelaki mendapati permainan sebegini amatlah mudah dan seronok. Apabila kesemua tin-tin itu telahpun disusun dengan rapi, kumpulan "Pembuang Tin" akan mendapat peluang untuk melontarkan sebiji bola ke arah tin-tin tersebut. Setelah itu, "Penyimpan Tin" akan menggunakan masa di mana "pembuang Tin" sedang menyusun kembali tin-tin itu. Selain daripada itu, kumpulan "Pembuang Tin" diberikan tiga peluang untuk melontarkan bola.

Menentukan Pemenang

Kumpulan yang dapat menyusun kesemua tin-tin itu dahulu adalah pemenangnya.

(:

Wednesday, July 23, 2008

Wayang Kulit- Belakang Tabir

Seperti yang dijanjikan, saya akan mengisi blog ini dengan satu lagi permainan tradisional yang menarik iatu "Wayang Kulit". Saya pasti bahawa ramai anda di luar sana pernah mendengar ataupun menontonnya. Biasanya, permainan wayang kulit ini dikaitkan dengan pengaruh Java,Hindu dan Siam (lebih dikenali sebagai "Thailand")

Pengenalan

Wayang Kulit merupakan salah satu permainan tradisional Melayu yang berkaitan dengan teater dan kesenian. Wayang merupakan bahasa Melayu dan Indonesia untuk teater. Kesimpulannya, wayang kulit melakarkan sebuah "cerita" dengan menggunakkan patung-patung yang tertentu untuk mewarnakan lagi cerita itu. Justeru, permainan ini menghasilkan sesuatu seni yang bermutu dan keindahan yang mempesonakan jikalau ditayang dengan berjaya.

Jenis-jenis wayang kulit

  • Wayang Kulit Siam
  • Wayang Gedek
  • Wayang Kulit Jawa
  • Wayang Kulit Melayu

Untuk menghidupkan pentas wayang, harus diingat bahawa element cahaya itu amatlah kritikal untuk menghidupkan watak-watak di dalam sesebuah cerita itu. Patung-patung itu bukanlah sebarang macam tetapi ia telah diukir denga kesenian yang halus untuk menonjolkan lagi perwatakan patung-patung tertentu. Di dalam prosedur biasa, cara menghasilkan patung-patung hanya melalui dua jalan iatu - ukir dan mewarna. Apa yang amat unik adalah setiap patung atau watak mempunyai ciri-ciri fizikal yang tertentu dan berbeza. Contohnya, patung-patung tersebut mungkin berlainan dari segi tangannya. Selain itu, setiap patung juga mempunyai cara bercakap dan berjalan yang berbeza. Wayang kulit bukanlah satu permainan yang mudah untuk dijalankan. Ia memerlukan latihan yang intesif dan ajaran orang yang berpengalaman.'

Tugas "Tok Dalang"

Tok Dalang merupakan orang yang paling penting kerana beliau adalah dalang dalam menghasilkan cerita itu di belakang tabir (kain putih). Beliau akan membawa watak kepada setiap patung yang dikendalikan itu dan mengerakkannya mengikut latar belakang untuk menghidupkan watak. Segalanya bergantung kepada "Tok Dalang" itu.

Cerita yang sering dipersembahkan berasal daripada two kisah epic dari India - Mahabrata dan Ramayana. Biasanya, wayang kulit akan disertakan sekali orchestra Gamelan ( ochhestra Indonesia). Tujuan penglibatan muzik adalah untuk membawa si penonton menjiwai cerita itu dengan lebih dalam.

Sedikit hiburan buat anda semua!

Jangan lupa mengikuti perbincangan seterusnya !

Tuesday, July 22, 2008

Keringatku.



Selamat malam semua! Sila jangan jemu-jemu melawati blog kami dan berikan komen-komen yang bernas. Bagi perbincangan esok, saya akan fokus kepada "Wayang Kulit". Teruskan membaca!

(:

Monday, July 21, 2008

Lawatan pelajar-pelajar China.

Untuk perbincangan hari ini, saya merujuk kepada artikel News Straits Time bertarikh 13 Julai 2006. Walaupun artikel ini sudah pun berusia 2 tahun, ia menarik perhatian saya sekali membacanya.

NEW STRAITS TIMES -16 JULY 2006 (digubah)




Perkongsian budaya antara dua bangsa yang berlainan ini amat mengembirakan saya. Dalam hal ini pula, pelajar-pelajar berusia antara 12-15 tahun daripada negera China, lebih tepat lagi dari daerah Sichuan, Suzhou dan Shandong telah merasakan pengalaman mendalami Budaya Melayu. Ini kerana Istana Kampung Glam telah menerima kehadiran 700 pelajar daripada China. Sebelum itu, hanya terdapat 337 kanak-kanak yang telah melewati tempat tersebut. Dan pada tahun 2006, sekitar 5000 pelajar China telah pun dapat mengalami pengalaman yang tentunya amat baru bagi mereka. Pengurus Istana Kampung Glam, Encik Marah Hossein Salim mengatakan hasratnya iatu dapat berganding bahu bersama mereka untuk peluang-peluang bisnes. Beliau juga menambah pelajar China akan membawa kenangan manis ke halaman kampung mereka serta berkongsi pengalaman-pengalaman dirasai. Pelajar-pelajar China ini juga telah diberi diskoun istimewa oleh Istana Kampung Glam. Selain itu, Encik Marah juga mengatakan beliau berharap akan dapat membawa pelajar daripada India untuk mengunjung mereka.

Ini merupakan satu usaha yang harus dicontohi oleh semua badab-badan Melayu. Dengan itu, akan ada lebih yang tahu akan budaya Melayu ini. Sekaligus, ia adalah platform lonjatan yang baik. Usaha mempertahankan haruslah timbul dengan hati yang ikhlas; menyebar Budaya Melayu yang indah ini ke seluruh dunia.

Jikalau anda mempunyai perbincangan yang menarik untuk dikongsi, sila e-mel kepada apple_pies93@yahoo.com.sg.

Saturday, July 19, 2008

Teng-teng!

Asalamualaikum semua!

Semasa zaman kanak-kanak saya tiga tahun lalu, saya sering bermain permainan tradisional ini. Ketika itu, permainan ini amatlah digemari oleh kanak-kanak dan setipa kali diajak keluar bermain, saya tidak akan menolak. Permainan yang saya kata-katakan itu adalah "Teng Teng". Saya pasti anda di luar sana pernah mendengar tentang permainan ini. Sewaktu saya berada di sekolah rendah, permainan "Teng Teng" ini juga disediakan. Oleh itu, ia mebawa kenangan manis dahulu. Inilah sebabnya saya ingin bercerita lebih lanjut apakah sebenarnya permainan ini.

Pengenalan


Pada waktu-waktu zaman dahulu, permainan ini amatlah popular di kalangan kaum perempuan. Di kampung-kampung, gelanggang akan digoreskan di tanah dengan mengunakkan kayu tetapi berlainan pula di estet-estet perumahan di mana gelanggangnya sudah pun disediakan. Kita sering akan ternampak gelanggang "Teng Teng" di estet-estet perumahan. Permainan ini memerlukan sebanyak dua hingga empat ataupun lima kanak-kanak tetapi tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain.

Bentuk gelanggang


Gundu

Gundu adalah objek yang berbentuk leper dan sebesar separuh size tapak tangan. Fungsi gundu ini adalah untuk menandakan pendudukan para pemain di gelanggang masing-masing. Ini amatlah penting kerana ia penentu bagaimana posisi permain itu.


Cara-cara bermain

Undian rasmi harus dijalankan dahulu sebelum permainan bermula untuk menentukan pemain yang akan memulakan permainan dahulu dan seterusnya. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut kesukaan masing-masing. Setelah itu, pemain harus mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan membelakangkan petak. Jikalau pemain itu berjaya dalam pusingan kedua dan seterusnya, cara membelkangkan petak diteruskan. Walaubagaimanapun, pemain yang tidak menepati sasaran petak yang dikendaki, pemian itu dikatakan hilang giliran untuk bermain.

Pemain-pemain diminta agar melompat hanya dengan menggunakkan sebelah kaki di semua petak kecuali petak yang ke 9. Bagi gundu yang berada di petak pertama, pemain harus melompat terus ke petak ketiga dan bukan kedua. Sekiranya sesiapa melompat dan terkena garisan petak, pemain itu dianggap hilang giliran dan pemain seterusnya akan mengambil alih.

Setelah pemain itu kembali ke petak permulaan, pemain itu harus melompat dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri pula di petak keempat. Pemain tidak dibenarkkan untuk melompat ke dalam petak yang mempunyai gundu. Permainan ini diteruskan dan ia berakhir dengan satu kadar "Bina Rumah" untuk menentukan pemenangnya.

Selamat beristirehat.

Friday, July 18, 2008

Congkak!

Kali ini, kami ingin mengupas permainan Melayu yang dikenali ramai iatu Congkak.

Permainan congkak merupakan sejenis permainan yang sering dimain oleh kaum wanita dan kanak-kanak khususnya. Bilangan orang yang diperlukan bagi permainan ini adalah dua orang sahaja. Alat-alat yang mendampingi permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Jikalau tiada papan congkak, lubang boleh digali di atas tanah. Biasanya, buah congkak adalah guli. Selain itu, guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil juga boleh menggantikan guli. Harus diingat bahawa setiap papan congkak terhad hanya kepada dua orang.

Congkak yang popular di kalangan kanak-kanak.



Cara-cara bermain:

1. Kedua-dua pemain harus memasukkan sebuah biji ke dalam setiap "kampung" sendiri. Setelah itu, kedua-dua pemain harus memasukkan biji atau "buah" ke dalam rumah. ( Lubang yang paling besar)

2.Biji harus dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jikalau biji itu singgah di "kampung" lawannya yang tiada biji, ini bermaksud ia mati.

3. Sekiranya biji yang terakhir singgah di "kampung" lawan yang mempunyai biji, ia boleh meneruskan permainan.

4. Jikalau ia mati di kampungnya sendiri yang bertentangan arah "kampung" lawannya, ia berhak mengambil biji daripada lawannya.

5. Di akhir permainan apabila biji sudah berkurangan, mereka harus menggunakan bji untuk ke arah "rumah" masing-masing. Pemain yang kehabisan biji sebelum sampai ke '"rumah" dikira kalah dalam permainan congkak.

Ini sahaja buat kali ini.



Nikmatilah video ini!
Dua pelajar sedang seronok bermain congkak~

Budaya Melayu yang patut dibanggakan.



Masyarakat Melayu kita amat terkenal dengan pelbagai budaya yang menarik perhatian ramai daripada permainan tradisonal kepada aktiviti seperti mendendangkan syair,pantun ataupun bergotong-royong. Semangat Melayu amat dirasai di kampung yang sebenar. Contohnya, jikalau permainan tradisonal yang baru ditonjolkan, semua pihak tidak kira kaum akan sama-sama cuba untuk bermain bersama. Inilah yang dinamakan semangat satu padu. Permainan tradisional juga telah membentuk sebahagian daripada kehidupan moyang dan diturunkan pula kepada kita. Dengan ini, terjalinlah silaturahim yang akrab di antara penduduk. Di zaman sekarang, semua sibuk dengan kerja harian dan tidak begitu rapat dengan jiran tetangga. Permainan-permainan tradisional juga dapat menimbulkan hiburan yang lucu kepada keluarga. Budaya Melayu kita yang penuh dengan warna-warni ini harus kita mempratikkan di mana sahaja. Budi Bahasa,agama dan cinta kepada bangsa amatlah penting. Warisan seperti ini yang harus kita sampaikan kepada generasi yang mendatang. Insyaallah.

Thursday, July 17, 2008

Cari Cucu!

Pernahkah anda medengar tentang permainan "Cari Cucu"? Ini merupakan salah satu permainan Melayu yang popular di kalangan kanak-kanak. Terus terang, saya pernah mendengar dan bermain permainan ini tetapi versinya berlainan sedikit kerana ia dalam bahasa yang berlainan. Begitupun, ia tetap permainan yang amat menyeronokkan! Baiklah, di kesempatan ini saya ingin bercerita serba sedikit tentang permainan ini. Permainan "Cari Cucu" memerlukan bilangan orang yang ramai. Biasanya, permainan ini dimain di kawasan yang besar seperti gelanggang ataupun di luar rumah. Yang istimewanya, permainan ini memerlukan peralatan dan dua lagu yang amat merdu. Peralatannya adalah sebuah kain untuk menutup mata si "nenek" dan kedua, sebuah tongkat untuk diberi kepada nenek untuk dipegang. Terdapat dua buah lagu yang dinyanyikan. Salah satu untuk si "cucu" dan yang lagi satu untuk si "nenek" itu.


Pertama, kita harus menentukan siapa yang akan bergelar "nenek". Ini dilakukan dengan pelbagai cara. Contohnya, undian ditentukan dengan "lai la li tam plong". Setelah itu, si nenek akan menutup matanya dengan kain hitam dan akan memegang sebuah tongkat. Cucu-cucu harus membentuk satu bulatan dan si "nenek" akan berada di tengah bulatan itu. Setelah itu, si "cucu" akan mendendangkan sebuah lagu -

Nenek, nenek,si bongkok tiga.
Siang mengantuk,malam berjaga.
Mencari cucudimana berada.
Nenek kahwindengan anak raja.
(Anda mesti pernah mendengarnya, bukan?)

Ketika cucu-cucu sibuk menyanyi, mulalah perlakonan si "nenek" bekelakuan seperti seorang nenek tua seperti berbongkok-bongkok. Selesai itu, si nenek pula akan mendengdangkan nyanyiannya yang berbunyi seperti ini-

Cucu, cucu tak dapat lari.
Nenek tua banyak sakti.
Sekarang neneknak cari ganti.
Siapa yang kena,dia menjadi.
(Lucu!) (:

Cucu-cucu akan duduk mencangkung dengan senyap setelah itu. Si "nenek" pula akan menggunakan tongkat untuk menangkap si "cucu" yang terpilih. Si "nenek" harus meneka siapakah cucu yang dipilih. Jikalau tekaannya benar, si "cucu" itu akan menjadi "nenek" pula. Permainan diteruskan jikalau tekaannya salah! ((:


Permainan Melayu yang menarik dan lucu bukan? Hai.. teringat zaman kanak-kanak saya! Rindu pula kawan-kawan lama! (:

Monday, July 14, 2008

Mengekalkan pemainan kita sebangsa!

Pada hari ini, kami ingin berbincang sedikit bagaimana orangMelayu boleh mengekalkan kewujudan permainan orang-orang Melayu di zaman serba canggih ini. Sekarang, kita boleh melihat betapa teknologi telah mempengaruhi cara kita menghabiskan masa-masa lapang kita.Media massa juga lebih fokus kepada permainan barat dan oleh itu, tidak ramai yang mengenali permainan tradisional. Sudah tentu kita tidak mahu generasi yang akan datang hidup tanpa pengetahuan bangsa mereka sendiri. Adakah bangsa kita akan terus lalai?

Terdapat pelbagai cara untuk kita terus megekalkan budaya kita. Daripada meggunakan bahasa kita di rumah ataupun mengambil endah tentang permainan tradisional. Media massa merupakan sesuatu yang amat berguna jikalau kita tahu menggunanya dengan bertanggungjawab. Salah satu contoh yang boleh dikongsi adalah melalui dokumentari di television. Rancangan terkemuka yang mendapat perhatian adalah "Majalah Tiga" di TV3. Jikalau saya tidak silap, saya amat kagum dengan paparan yang diudarakan pada awal tahun lepas. Rancangan itu telah mengemukakan pelbagai permainan tradisional Melayu. Antaranya adalah "Wau". Permainan wau merupakan sejenis permainan yang amat popular di kalangan rakyat biasa. Dalam rancangan itu, mereka telah pergi ke sebuah kampung yang terkenal dengan kemahiran seorang warga tua menghasilkan wau yang amat halus seninya. Selain itu, beliau juga sering menjadi johan di pertandingan-pertandingan antarabangsa. Yang lebih mengagumkan, beliau adalah johan tetap yang telah merangkul kejayaan yang amat memuaskan. Cayalah! Lihatlah, orang yang jauh lebih tua sanggup mempertahankan budaya sendiri, jadi mengapa tidak kita?

Saturday, July 12, 2008

Pengalamanku.


Apa khabar semua?




Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang satu pengalaman yang saya alami semasa sekolah rendah. Pada waktu itu, beberapa murid daripada sekolah "American International School" berkunjung ke sekolah kami sempena Hari Sedunia. Mulanya, kami dikehendaki memakai pakaian traditional kami dan berkongsi budaya kami kepada mereka. Saya masih ingat lagi pada masa itu keadaan amat riuh rendah. Pelbagai bangsa daripada negara berbeza datang berkumpul untuk mempelajari budaya masing-masing. Terdapat seorang murid lelaki yang berpakaian aneh pada saya tetapi setelah diberitahu, ia memang budaya mereka bagi lelaki memakai "skirt"! Tetapi, pengalaman paling manis adalah menyebarkan budaya Melayu kepada mereka! Saya digandingkan dengan seorang perempuan berbangsa "Russian"! Pada mulanya, saya berasa gugup tetapi melihat keghairahan semua, saya memberanikan diri dan mula mengajarnya cara bermain "Batu Seremban"! Saya pula sering ketawa melihat gelagatnya. Pengalaman seperti ini tidak mungkin hilang daripada ingatan saya dan sebagai seorang anak kelahiran Melayu, saya berbangga dapat berkongsi budaya yang indah ini kepada perempuan itu. Hari nampak sudah malam, jadi sehingga kita berjumpa di lembaran yang seterusnya yah! Selamat membaca!
- Nikamatilah lagu "Berhenti Berharap"!

Wednesday, July 9, 2008

Kata kata awal.

Ketika kami menulis rencana ini, kami akan serba sedikit memberitahu apakah yang kami berdua harap daripada membuka blog ini. Seperti dibincangkan, topik yang kami akan mendalami adalah mengenai Permainan Tradisional Melayu. Oleh itu, kami amat berharap akan dapat meraih pelbagai pengalaman serta ilmu. Ya, memang kita semua kenal akan beberapa permainan tradisonal Melayu seperti Chapteh dan Batu Seremban tetapi bangsa-bangsa lain seakan-akan tidak pernah melihat ataupun mendengar mengenai permainan orang-orang Melayu ini. Sudah memang tanggungjawab kita, orang Melayu untuk mempertahankannya. Jika tidak, siapa lagi? Sudah tentu kita tidak mahu Bahasa yang indah ini luput pada tahun-tahun yang mendatang. Peliharalah bahasa nescaya tidak akan hilang. Bye bye!